Thursday, July 2, 2015

Last Day in Istanbul

Assalamualaikum

Pada hari terakhir, walaupun berasa letih selepas sightseeing dari pagi sampai malam pada hari sebelumnya, kami terpaksa gagahkan juga diri. Barang-barang perlu dikemas dan apartment mesti dibersihkan sebelum kami check out. Kami juga pastikan sampah semua dibuang dan cuci pinggan dan gelas yang telah digunakan serta disusun semula ke tempat asalnya. 

Setelah berpuas hati, barulah kami mandi dan bersiap sedia untuk breakfast di hotel restaurant. Sur hotel terbahagi kepada dua bangunan iaitu bangunan hotel dan bangunan apartment. Namun lokasi keduanya berdekatan sahaja. Oleh kerana cuaca pada hari itu mendung dan suhu juga semakin sejuk, kami terpaksa memakai baju tebal sebelum turun berjalan ke arah bangunan hotel. 

Pengalaman istimewa dengan Sur hotel ialah apabila dapat breakfast sambil menghadap Laut Marmara. Awesome view! :) Hotel juga menawarkan free breakfast kepada kami setiap hari.  ;) Walaupon makanannya bukanlah kena dengan taste kami tetapi kami tetap bersyukur dan berasa selesa, apatah lagi layanan yang diberikan oleh waiter dan waitress yang murah dengan senyuman di restaurant begitu mesra sekali. :)

pic at the hotel lobby..just after the breakfast..mummy je yg bsemangat posing, kids plak buat muka boring ..haih :D


hilly, stroller and cobbled street...bertabahlah! :D


fresh pomegranates was almost everywhere here...

Suasana di Sultanahmet pada hari terakhir amat berbeza. Polis kelihatan di setiap penjuru Sultanahmet area. Cuak juga kami, ingatkan ada rusuhan rupanya Pope datang melawat Blue Mosque dah Hagia Sofia. Huhu. Kawalan ketat sehingga kedua-dua tempat tarikan pelancong ini juga turut ditutup sementara daripada orang ramai. Huhu nasib baik kami sempat visit semalamnya. 

Kesian pelancong tak boleh masuk Blue Mosque. 

kereta polis sampai parking atas tram line near Sultanahmet station huhu
Setibanya di Sultanahmet station, servis tram juga tergendala. Ramai orang bersesak-sesakan menanti tram. Maka kami decide untuk berjalan kaki sahaja ke Topkapi Palace. Tak jauh hanya selang satu station je kalau tak silap. 

Tapi jalan kaki slow-slow sambil tolak stroller still takes time. But it's fine, it was really interesting walk while passing the shops along the road and the tram line with other people..so happening! Bila lagi nak merasa, kan? ;)


alhamdulillah tak takut pon jalan sightseeing di sini sebab ramai orang

sekali terjumpa signboard ni..dan2 mata terus tertangkap pada 'London' adeyyy..syahdu sekejap! 

sempoi betul makcik buat flat bread secara open cenggini in one of the restaurants...ceria je hehe 
Di pertengahan jalan, kami berhenti sebentar. Hubby masuk ke salah sebuah kedai dan membeli Istanbul map. Setelah yakin laluan kami betul, kami pon meneruskan perjalanan.

And we finally arrived at one of the entrance of Topkapi Palace! Taman ini merupakan public park yang tertua di Istanbul dan Gulhane bermaksud 'Rosehouse'! ;) 

Hmm cantik juga landskapnya...dan rasa tenang je berada di dalam taman. Tempat yang sesuai untuk merehatkan minda dan kaki untuk seketika hehe. 

Nway, walaupon takda playground my kids tetap seronok! Hopefully you enjoy the pics.. :D

seronok main air:P


happy girls...pon bolehhh ^_^
so calm and peaceful

the fountain lovers..

gloomy background with the leafless trees...:)

Setelah spent some time let the kids enjoy themselves di Gulhane Park, kami pon beredar dan menuju ke tram station berdekatan untuk pergi ke Galata Bridge plak(in the previous entry). ;)

Gulhane tram station (for Gulhane Park & Topkapi Palace)

seronok naik tram :D

  :)

Gulhane Park during Spring time...so lovely!!!  credit pic to Google 

Setelah puas berada di Galata Bridge kami terus ambil tram berpatah balik ke Sultanahmet untuk check out hotel. Setibanya kami di hotel dalam pukul 3pm, pemandu van juga baru sahaja sampai di depan hotel. Maka tanpa berlengah lagi, kami terus loading barang dan luggage ke dalam van. 

Perjalanan ke Atarturk airport mengambil masa dalam lebih kurang 40 minit. Flight kami dari Istanbul ke Kuala Lumpur dengan Emirates pada hari itu, 29 Nov 2014 ialah pada pukul 8 malam kalau tak silap..hehe lupa sudah..apapun kami sempat check in di kalangan yang terawal...;)

Anyway, so long Istanbul, you were being so nice to us! Teşekkür ederim, Thank you! Kalau panjang umur dan ada rezeki lagi, memang teringin nak repeat Istanbul and other parts in Turkey, in shaa Allah.! hehe :) (Dreaming is Free of charge :P)

3 comments:

rostina76 said...

assalam u al…lama tak mengikuti perkembangan… bestnya u al p istanbul….will repeat ur stories earlier later. heheh take care

ishamizu said...

Wsalam kak Ros..hehe issokay..must be bz rite..hope kak ros sht2 hendaknya..:)

dorsett pink said...

best kan.. saya pun nak ke Istanbul lagi kalau ada rezeki