Assalamualaikum
First of all, selamat hari merdeka yang ke 58, Malaysia! Semoga Malaysia sentiasa dirahmati Allah dan selamat daripada sebarang ancaman dalam dan luar. Ameen.
Kami hanya menyambut kemerdekaan di rumah sahaja. Cuti hujung minggu yang panjang kali ini banyak dihabiskan dengan 'spring cleaning' di rumah. Terasa lega melihat stor sudah semakin 'clear'. Banyak kotak sudah berjaya kami 'unpack'. Hampir 9 bulan kami sudah berada di Malaysia namun masih ada lagi kotak-kotak yang belum habis di 'unpack'. Huhu..
Kepada kawan-kawan yang masih berada di luar negara, ini ada tips untuk jimatkan ruang dalam rumah daripada saya.
Barang-barang yang tidak perlu dibawa balik apabila anda mahu back for good.
1. Baju tebal dan berlengan panjang serta skinny jeans.
Kt Malaysia ini panas..tak sesuai dipakai disini even pada waktu malam. Men and boys would not want to wear it. Untuk kita perempuan takpelah kalau bawa balik berlengan panjang sebab memang kita akan pakai. Untuk anak lelaki, lebih baik belikan singlets and shorts untuk mereka. Untuk anak perempuan, belikan leggings not tights! As for my girls, denim jeans pon mereka tak mahu pakai lagi..and most of them pula memang jenis skinny jeans yang melekap bila pakai. Panas Huhu.
2. 'Unused toys'
Menyakitkan mata kalau tiada ruang untuk disimpan. :D Kalau rumah besar dan mempunyai banyak storage untuk menyimpan kesemuanya tidak mengapa kalau hendak dibawa balik. Jika sebaliknya lebih baiklah didermakan sahaja atau jual di ebay/carboot/garage. Bayangkan kami yang telah bawa lebih daripada 10 kotak toys. Pengsan!
3. Pinggan-mangkuk.
Alasan yang sama seperti 'unused toys'. Pening kepala bila tak muat kabinet! :D maka beli sekadar cukup dan belilah yang practical untuk semua peringkat umur. Hehe. Macam Portmeirion agak berat, saya pon jarang2 memakainya di sini. Some people like our parents memang tak larat dengan Portmeirion. Lenguh tangan nak mengangkat dan mencucinya. Hehe hanya sebab ianya cantik dan murah serta buatan dari UK yang membuatkan saya pon turut terjebak membelinya. Nak jual memang tak lah, sayang kot! :D
4. Kasut, stokin dan tights
Cukup seorang sepasang sport shoes sahaja. Kat sini sport shoes hanya digunakan jika ingin berjogging. Anak-anak saya kalau tidak dipaksa pakai kasut memang mereka prefer selipar atau sandle sahaja. Huhu stokin lagilah diorang tak ingin pakai. Akhirnya, terbuang sahaja.
5. Basikal
Mula-mula semangat berkobar-kobar nak 'cycling' bila balik Malaysia. Sekali bila dah kat sini rasa bercinta pula nak cycling. Cuaca yang panas membantutkan keinginan. Duduk dalam rumah pon kadang-kadang saya boleh migrain tau. Makanya sampai sekarang basikal tu tak bergerak-gerak. Huhu. Tapi kalau tahan panas, bawalah balik basikal tu..sayang, kan? Sebab basikal daripada luar negara lebih berkualiti dan harganya pula murah berbanding di sini. :)
Ok setakat itu dululah based on my experience. Semoga ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan dalam penghantaran balik barang-barang ke tanahair.
Lastly, less things not only save space in your home sweet home but could save space on the container as well.. hence could save the money! ;)
Wassalam.
8 comments:
Selamat menyambut hari kebangsaan....selamat bercuti...Merdeka!
noted.. walau kami ni entah bila laaa nak muat barang dalam container huhuu. tap betul, bab pakaian tu, kami balik malaysia sebulan itu hari pun my Jelita taknak pakai apa2 baju kalau boleh, panas.
Very good tips Izu..
Kami pun hadapi masalah yg sama... Ruang tamu masih penuh dgn kotak... Tak tahu nak sorok kat mana..... Entah bila boleh siap unpack all the boxes... hehehe, nasib lah kalau ada tetamu datang....
Oh my!!! Sukanya baca tips ni. hahahha terus seriau bila tang portmeirion tu. Nampaknya portmeiirion i simpan kat kabinet je jadi display. Sini kemain hari2 pakai buat basahan. Hehehe. yes toys darwisy pun dah hampir 8 kotak! gegegege... baju semua beli lengan pendek for darwisy n rose pula farah beli shorts n skirts sahaja. hehehe.
Tq Bunda Nora ..same goes to u too ;)
Nastyna..same with my kids. Kitorang pon tak tahan panas..panas2 kt UK still bearable nk pi sightseeing hehehe. Kt sini panas cam malas nak kuar rumah
Kak Nur take it slowly...mmg pening tgk tp nak kemas n unpack sekaligus mmg tak larat kita kan..byk benda lain lg nk buat n kt sini sibuknya lain macam kan..tkejar2.
Hehe inspired dgn farah la ni...;)
Klu dpt bawa balik display cabinet byk2 dr sana ok tu farah..balik sini boleh store portmeirion farah hehe...sana murah boleh cari kt ebay..and good condition. Sini aptb! Huhu..rumah akk ni dah buay cabbie pon still tak cukup utk menampung staffs ktrg ni huhu...ha shopping tau byk2 baju kids like tshirts lengan pendek n singlets ..n baju rose inc dress n gown cun2..sini x secun kt sana la hehehe akk dh tak berehi nk shop sgt bju kids kt sini :(
Post a Comment