Friday, January 8, 2016

Away For PhD Viva

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya en husband dah pon selamat terbang ke London pada awal pagi tadi untuk viva PhD nya iaitu pada minggu depan di Imperial College London, in shaa Allah...

What a good start for 2016! :)

First time kami terpaksa berjauhan antara satu sama lain nie. Mujurlah seminggu je..kalau sebulan tataulah macam mana. Huhu.

Mula-mula semua macam ok tak ada apa-apa. Tapi bila babah dah beratur untuk check in mulalah sorang-sorang buat drama air mata. Hehe.

Kalau nak tahu Zahin la paling dramatic, maklumlah sejak dia lahir memang tak pernah kena tinggal. Hehe kesian...

Tak apalah..babah pergi viva bukan bercuti. pergi sorang dapat lebih fokus dan concentrate! ;)

Next time in shaa Allah ada rezeki babah janji nak bawa kita semua 'balik kampung' London lagi. Bila tu tataulah..:D

Maka hari ini Zahin dan Iris terpaksa dicutikan. Adey baru naik sekolah dah ponteng. Tapi tak pe lah hantar babah itu lebih penting, kan! :)

Ok babah, kami di sini akan sentiasa mendoakan babah agar sentiasa dilindungiNya, sihat dan selamat pergi serta selamat kembali.

Lastly, good luck, Babah!!
In shaa Allah mudah-mudahan babah lulus cemerlang dalam viva PhD dan pulang dengan kejayaan. Ameen! :)

Love,
Mummy

Just arrived. Muka happy lagi..zahin je tak nak bgambar huhu

Babah dah masuk ke departure hall. Sedih sgt masa ni..:'(




No comments: