Assalamualaikum
Rindunya kat blog ni!! Dah mula naik sawang sikit-sikit dah. Kesian dia, tuan dia tak berapa sihat sampai hilang suara dan busy bebenor. Hehe. Apapun alhamdulillah, walaupun tekak masih perit dan demam tetap bersyukur kerana masih bernafas di bumi Allah ini. Syukran, Ya Allah!
Hari selasa lepas actually adalah majlis convocation i. hihi minggu lepas boleh plak terlupa yang i ada convo hari selasa. Itupon tersedar lepas adik tanya..huhu apa nak jadi tah makin pelupa sekarang ni..nak kata termakan semut banyak, seekor semut pon tak pernah lagi nampak sejak datang ke UK ni. hehe..
Actually, hajat di hati ni nak update terus pasal convo, tapi gambar ada kat dalam iPhone plak so malas lagi lah nak transfer malam-malam buta ni. Hehe. Sekarang nak update blog dengan 'aman' memang kene tunggu anakanda-anakanda tersayang tidur dulu kalau tidak boleh jadi perang saudara..time kita nak type tu lah, sorang ni nak susu, sorang tu nak poo poo dan sebagainya lah. hehe..
Then, browse photos kat dalam memory card ni baru dapat idea nak continue cerita trip Cornwall few months ago. Hehe dah basi tapi tak pe lah nak share jugak sebab tahun-tahun mendatang kami juga yang nak baca. Down memory lane through blog gitu..hehehe.
So lepas visit Minack Theatre, kami pergi Land's End plak. Land's End ini tak jauh daripada Minack Theatre. Dalam 3 miles je kot. Tak ingat dah. At first i sangat sedih sebab tak sempat turun ke Portchurno Beach sebelah Minack Theatre tu aje. Cantik tau beach ni..dulu berangan nak pergi bawa kids mandi-manda kt situ waktu Summer tapi tak ada rezeki..may be next time yang entah bila lah plak kan..Lol.Lagipon haritu dah petang sangat, dah makin sejuk so rasanya memang tak sesuai nak turun ke beach dengan kids. Buatnya depa nak mandi jugak nyaya! Kesian juga kt Zahin sebab dia beriya-iya nak pergi beach. Next time la ye sayang. :)
Anyway, ingat biasa-biasa je tempat ni. But i was wrong! Tempat dia cantik sangat lah, subhanallah! Lautan biru terbentang luas macam kat Minack Theatre jugak tapi punyai tarikan tersendiri. So wajib visit Land's End kalau pergi Cornwall. Macam-macam ada kat situ. Nak shopping, ada butik. nak try cream tea, ada cafe menghadap laut dan toilet pun bersih dan class gitu. Kids nak main pon boleh sebab ada macam theme park. Cuma masa kami sampai tu dah lebih pukul 5pm so semuanya dah tutup..but we still enjoyed the scenery and the sea breeze. Dan yang paling best sekali dapat view sunset. Awesome! Subhanallah! Can't describe the feeling. ;)
Okla, hope you enjoy some of the pictures! :)
 |
| The Eins guna telescope, tapi tataulah apa yang depa skodeng kan. Macam ke atas sangat je..hihi |
 |
| adventurous path for adventurous tourists, definitely not us! :P |
 |
| mercu tanda. wajib posing kt land mark Land's End ni okeyy..;) |
 |
| Budak kecik yang suka-suki je duduk mana dia suka..hehehe. Nasib baik comel. ^_^ |
 |
| viewing sunset from the cafe, pergh romantic tak hengat..!! |
 |
| Poll dance sambil selamatkan adik yang nak terjatuh..:P |
 |
| En. husben posing solo je ye..hehehe bagi can la..;D |
 |
| Subhanallah, breathtakingly beautiful picture of sunset. credit to my darling! |
 |
| group photo just before the sun set :) |
 |
| mia familia exc. Zahin who always MIA. huhu.. |
 |
| Lastly, baru complete! :) Credit to Fathullah :) |
To be continued...
Wassalam
Thank you for reading! :D