Saturday, June 27, 2015

Istanbul Aku Datang





Assalamualaikum

Sebelum pulang ke Malaysia (back for good) pada bulan November tahun lepas, kami telah membuat keputusan untuk transit di Istanbul, Turki terlebih dahulu selama dua malam. Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya nak tengok Blue Mosque dan solat didalamnya. Masya Allah..:)



Since it was an impromptu decision I didn't have much time to do enough research on Istanbul. Lagipon, kami semua tidak berapa sihat pada minggu terakhir di London dan terlalu sibuk dengan urusan serta mengemas barang sebelum dimasukkan ke dalam kontena.





Anyway, Istanbul is a very interesting city! And based on our experience, two days is not enough to cover places in there. Budaya dan tempat mereka mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri. Orang Turki baik tua mahupun muda bukan sahaja cantik dan tampan tapi mereka sangat baik, sopan, murah dengan senyuman dan peramah walaupun kebanyakannya tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Respect!


Semasa tunggu tram, Mak cik ni tegur tapi kami macam ayam dgn itik haha. beliau sangat baik hati bagi Iris bracelet dan duit pada Zahin dan Zafri. :)

Makanan halal juga murah dan senang didapati di mana-mana sahaja. Untuk saya yang kuat pedas dan lidah melayu memang tidak sesuai dengan makanan di sana. Huhu! Tapi bagi penggemar kebab dan lamb macam my hubby, Istanbul memang heaven! Hehe



nice gourmet in Sultanahmet area



Istanbul Attaturk airport..

Dalam city kami sempat merasa naik tram. Tramline map Istanbul agak mudah untuk difahami. Tiada masalah, tiket boleh dibeli di mesin yang disediakan di setiap tram station.

But most of the time we just walked because we got two strollers. Tapi jalan kaki sambil tolak stroller di Istanbul sungguh memenatkan kerana struktur muka buminya agak berbukit. It was adventurous indeed! ;)

Hop on Hop off (HOHO) Istanbul City sightseeing bus were also everyday in service. But surely the ticket is  more expensive. ;)




Di Istanbul kami menyewa sebuah apartment di Sur Hotel dalam kawasan Sultanahmet. Harganya ialah RM100 per night kalau tak silap. Agak murah kan! Our apartment was clean and cosy, We also got free complementary breakfast dan room service everyday. Awesome! ;)

Rata-rata memang ramai yang cadangkan supaya duduk di kawasan Sultanahmet sebab ia berdekatan dengan kebanyakan tourist attraction seperti Blue Mosque, Hagia Sofia, Topkapi Palace, Grand Bazaar dan banyak lagi. Within walking distance! But as i mentioned earlier, we did not manage to visit all the places. Kesihatan tidak begitu mengizinkan dan kami semua masih dalam kesedihan setelah meninggalkan London. :P

sunny and beautiful Friday but ssejuk...brrr!

Turki mengunakan matawang Lira. Seingat saya masa tue masih nisbah 1:2 dengan duit RM. 1Lira dalam lebih kurang RM2. Kami tukar siap2 duit pound sterlings ke Lira dan juga euro. Biasanya sukar nak tukar apabila sudah berada di sana.

kami tukar di Marks & Spencer Money Changer, di Exchange Mall, Ilford. Kadar tukaran matawang situ lebih murah berbanding di tempat lain. Kadar tukaran bergantung pada money changer ye so kene cari yang paling murah. Ketidak nanti kita yang rugi. :D

Most of the time and place kami bayar menggunakan Lira. euro digunakan semasa membeli souveniers berdekatan dengan Grand Bazaar.



different angle of the Blue Mosque. Magnificent!

Blue Mosque

Ok kalau google, boleh nampak banyak tempat untuk dilawati. Antara yang top ialah Blue mosque atau Sultan Ahmet Camii (in Turkiye). Memang wajib visit this mosque. Kenapa dipanggil masjid biru? Sebab didalam masjid biru, tiles yang digunakan untuk dindingnya adalah berwarna biru. Interior design blue mosque sememangnya sangat cantik dan senibinanya sangat halus. Very impressive! Sila check jadual waktu lawatan di dalam website. Masjid ditutup seketika pada waktu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Solat Jumaat bagi menghormati  dan memberi ruang kepada jemaah untuk bersolat.

Hari jumaat merupakan ialah hari yang paling sibuk di Istanbul terutama sekitar Sultahahmet area. So crowded especially time Solat Jumaat. Peminta sedekah juga ramaaaaiiii...agak tak selesa dan tak aman nak sighseeing that day. Quite scary but controllable though. Polis ada di mana-mana sahaja. Ada beberapa peminta sedekah yang ditangkap polis di Blue Mosque di depan mata kami sendiri. Poor them..:(

Since kami punyai satu hari sahaja iaitu Jumaat maka terpaksa juga pergi. But i like, nampak meriah sangat. :D Untung my hubby sebab beliau berpeluang solat Jumaat di dalam Blue Mosque. Kids and i just sat on the bench at the square right side of the mosque while waiting hubby. Alhamdulillah rezeki..dapat tengok Turkish men and women rushing to the mosque for Friday prayer. At the same time, jamu mata melihat sekeliling. Ada yang berniaga jual sahlep (turkish drink) dan buah delima. Some kids were feeding pigeons, my kids pon enjoy dan leka tengok, mummy enjoy ambil gambar! hehe. 





Pada sebelah petangnya, giliran saya pula dapat menunaikan solat jamak zuhur dan asar dan solat sunat di dalam Blue Mosque. Ada ruang khas untuk jemaah wanita di belakang sekali. Mula-mula nak masuk kene tanggalkan kasut dan simpan di dalam plastik kemudian letakkan di rak yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk.

 as soon as i enter the mosque, terpegun sejenak dengan suasana didalamnya. Semuanya cantik belaka daripanda interior design nya sampaila ke permaidaninya yang mewah. hehe..Lepas tu bila ternampak pengawal yang bertugas, barulah cepat-cepat saya masuk ke ruang solat wanita. Risau kalau2 pengawal ingat saya non muslim visitor plak, bukan nak solat. :D (sorry no pics inside the mosque, tak igt plak kt dlm file iphone yg mana satu. Banyak sgt huhu)

Alhamdulillah atas peluang yang diberikan. Cuma sedikit terkilan sebab my kids tak berpeluang untuk masuk langsung ke dalam masjid Biru..tapi takpa tetap bersyukur kerana setidaknya mereka bertiga masih ada ikut bersama-sama dan sangat behave duduk diperkarangan masjid. :D

From Blue Mosque with love


Hagia Sofia

Merupakan sebuah church suatu ketika dahulu dan kini dijadikan sebagai muzium. Hagia Sofia atau Aya Sofia terletak berhadapan dengan Blue Mosque. Saiz binaannya juga lebih kurang sama dengan Blue Mosque dan kelihatan berwarna peach.

Kami cuma melawat di luar perkarangannya sahaja. Landskapnya agak cantik dan mempunyai sebuah fountain. My kids really enjoyed watching the fountain and had a good time there. Waktu malam air pancut bertukar-tukar warna, lagi bertambah cantik!:)

Tapi jika dapat masuk ke dalam Hagia Sofia sudah tentu lagi memuaskan hati. Huhu. Kat Hagia Sofia ni pon ramai sangat orang. Susah betul nak ambil gambar satu family, ada aje yang photobomb. Huhu. But at least ada juga satu gambar yang ok...:D

the only family photo yg tak kene photobomb.. kids pon dah boring masa ni tp kene paksa...:D

beautiful fountain in front of Hagia Sofia
In shaa Allah to be continued..:D

Inipon dah lebih setengah tahun baru dapat update kat blog. Tapi takpalah 'better late than never' rite. Kalau nak diikutkan banyak lagi cerita yang lagi lama daripada cerita Istanbul yang tak ber update lagi. Huhu. Hopefully, i will share them next time. In shaa Allah. :)


No comments: