Thursday, January 21, 2016

Thank You Mom, Dad!

Assalamualaikum

Tiba-tiba malam nie terasa rindu sangat pada my mom and dad. :(

Minggu lepas seminggu my parents duduk teman me and the kids masa en husben 'outstation'. This week, terasa bagai kehilangan. Huhu.

Honestly, i don't think i could do alone without Mak and Abah. 

To Mak...

Terima kasih sebab sanggup ambil cuti lama untuk teman along anak beranak.
Terima kasih sebab teman along hantar dan ambil Zahin Iris ke/dari sekolah tiap-tiap hari.
Terima kasih juga masakkan breakfast, lunch dan dinner yang yummy2..
Terima kasih tolong layan karenah ZIZ yang macam2.

Sesungguhnya along amat merindui momen2 bersama mak selepas hantar anak2 ke sekolah.

Rindu masak dan borak di dapur dengan mak. Teringat kita breakfast roti canai berdua je di kedai mamak lepas shopping groceries. 

Aaahh..such a precious bonding time between you and me. :)

To Abah...

Terima kasih sebab sama2 jagakan Zahin, Iris dan
Zafri.
Terima kasih sebab tunggu Zafri di rumah masa along dan mak hantar Zahin Iris ke sekolah.
Terima kasih sebab tolong angkatkan kain di jemuran dan buang sampah..hehehe.
Terima kasih juga tolong buka dan tutupkan pintu masa along nak keluar masuk rumah.
Terima kasih tak terhingga especially abah sudi volunteer untuk drive kita semua dr KL-Melaka and vice versa.
Terima kasih sebab teman along ambil ZIZ balik daripada kelas mengaji malam2. Hee..

Biarpun berkali ucapan terima kasih namun tetap tidak akan sama dengan kasih sayang, jasa dan pengorbanan mak dan abah terhadap kami
:(

Semoga Allah jua yang membalas segala kebaikan mak dan abah dengan pahala Syurga. Mudah2an Allah panjangkan umur mak dan abah agar dapat kami berbakti dan membahagiakan kalian berdua.

In shaa Allah ..ameen!

My beloved mom and dad :)

Waiting for Zahin at school. 

Again, thank you Tok Mak, Tok Bah for your time, love and support from Zahin, Iris, Zafri, mummy and Babah...We seek an apology for everything. We really love and miss you so much...

Love,
IshamIzu n Co.

Thursday, January 14, 2016

Pass PhD Viva

Fr left: Dr. Pappa (internal examiner from Imperial College London), Dr. Leo (external examiner fr Loughborough uni, my husband and Prof. Dr. Andrew Holmes (hubby's supervisor fr Imperial College London) 

Assalamualaikum...

Akhirnya hari yang ditunggu telah pon tiba dan berakhir dengan sebuah kejayaan. :)

Alhamdulillah en husben dah pon lulus PhD viva nya kelmarin, 12hb Januari 2016. Masya Allah, Syukur dan lega sangat! I'm so happy for him as for all his hard works from 2010 till 2014 have been paid off! 

Heartiest congratulations, dear Dr. Mohd Hisham Nordin from all of us!!! We can't wait to fetch you at KLIA soon! We mish you hehe..

My Little Pony for Zahin n Iris

Spiderman pjs and London briefs for Zafri fr Primarks.. Owh I miss Primarks! :(

Bumblebee for Zafri

And for mummy..heheh

 Habis je viva en husben terus pergi shopping kt Argos. Haih Zahin yg bagitau babah kt mana nak beli my little pony diorang tue..kemahin! 

The next day eb husben pergi Primarks plak kt Westfield Stratford.. shopping some stuffs for himself, and for us. So generous of him! ^_^

Thank you en husben. Semoga bertambah2 rezeki lagi lepas ni. Ameen..!


By the way, Once en husben bg green light, barulah announcement dibuat kt my instagram then i shared it at my Fb as well. 

En husben tak ada fb so most kawan2 UIA kami ada in my fb friend list. So ramai yg like dan wish him congratulations. Same with some of his colleague. Then I told him and he's so touched by everyone and their kind wishes.

So, thank you so much on behalf of my husband!! Jazakumullah..may Allah bless you all and reward your kindness. :)

Love, 
IshamIzu

Monday, January 11, 2016

Nasi Kandar Line Clear

Assalamualaikum

Ok hari ini nak share cerita pasal JJCM kami di Penang that day. :)

Actually, tak berapa expert bab food hunting ni. Masa di UK dulu tak pernah pon beriya nak food hunting. Asal jumpa kedai atau restaurant halal  terus on je..;D

Tapi bila balik Malaysia aka syurga makanan ni yang mempunyai more halalan toyyiba choice maka food hunting wajiblah dalam list! ^_^

So bila je sebut Penang, instantly teringat nasi kandar, char kuey tiaw dan pasembor. Tu diaaa..hehehe. 

Kami pilih nasi kandar line clear ni sebabnya memang one of the top nasi kandar in Penang kan. Senang je nak cari address, just search at maps google terus keluar. Apalagi kami pon follow je la google maps.

Alhamdulillah sampai juga akhirnya walaupon jalan sesak sepanjang dari Batu Feringgi ke Georgetown.

Lepas parking kereta di private car park in that area pastu kami jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. Tapi hati-hati ye, lintas jalan kt situ kalau bawa anak sebab banyak kereta. Pastu jangan lupa beli kupon parking! En husband beli di kedai 7e dekat2 car park tu jugak. ;)


Bila dah jumpa kedai Nasi Kandar Line Clear masing-masing macam tak percaya tengok venue nya. Ingatkan dalam bangunan sekali bukan! Hehehe. It is located between two shop lots! Tapi orang beratur masa tu punyalah panjang!! Huhu pasrah je la beratur sama. :D

Tapi tak lama lepas tu staff depa panggil pelanggan yang beranak kecil dulu masuk ke dalam. Kira macam fast lane gitu ha.. Alhamdulillah..!!


Oleh kerana dah lapar dan malas nak fikir panjang, kami terima je lauk-lauk yang direkemenkan waiter yang in charge kami. :D

kami order 2 set di mana setiap set include lauk kari kepala ikan, ayam goreng rempah, sotong dan udang berlada serta sayur kobis goreng. Air rasanya 2 jenis..satu jug besar air sirap limau dan lagi satu air barli kot..lupa sudah. Hee.


Once nasi kandar dan segala lauk sampai ke meja, kami pon makan macam ikan piranha. Hehehe tak la...makan dengan gembiranyam.. sebab memang thorbaekkk!! Tengoklah gambar 2 beranak kt atas tu..;D

Maka semua makan tanpa toleh kanan dan kiri lagi. Licin semua lauk..alhamdulillah tiada pembaziran. Anak-anak pon enjoy nasi kandar. First time rasanya my kids makan nasi kandar ni hehe..


No wonder Nasi Kandar Line Clear ni begitu famous..walaupon lokasinya agak tersorok, crowded tapi berbaloi. Harganya pon berpatutan! Rasanya nanti depa nak buka cawangan di Kg Baru, KL! ;)


Lastly, kami sangat berpuas hati dengan makanannya yang sedap dan servisnya yang mantop! :)

Anak saudara mengamuk pon ada staff kindly approched us and tried consoling him by offering him some finger food.. So Highly recommended! :)

Love, 
Ishamizu


Saturday, January 9, 2016

Persediaan Travel Musim Sejuk

Assalamualaikum

Syukur sangat bila Babah whatsapp beliau dah selamat sampai di London dari Amsterdam. Fuh, lega dengar! Masa lost contact, asyik berdebar je jantung Mummy nihh. :(

Oleh kerana Babah dah pon selamat sampai London awal pagi maka keadaan sekeliling masih gelap lagi. Sekarang di sana tengah musim Winter, hari lambat siang dan cuaca pula sejuk di bawah 10 darjah celcius. Huhu Mummy pon masih teringat-ingat lagi sejuknya tuhh.

Minggu depan ni diramalkan lebih sejuk lagi, kebarangkalian untuk turun snow pon ada. Huhu rindunya nak main snow! Kalau snow turun memang rezeki babah :)

Apapun diharapkan Babah tak lupa untuk makan vit c supplemen yang dibawanya. Orang lelaki bab supplemen ni kalau kita tak ingatkan memang mudah lupalah jawabnya. Hehe.

Since Babah pergi time Winter, maka 2 minggu sebelum berangkat kami sudah mula buat persediaan. Pertama buat Checklist. Checklist Babah lain dan lebih panjang sbb termasuk hal viva PhD nya.

Tapi Di bawah ini antara checklist Mummy utk Babah:

1. Pengambilan vitamin c setiap hari untuk meningkatkan daya ketahanan diri dan prevent daripada selsema.

2. Packing pakaian seperti long john, jumper/sweater, coat, winter jacket, socks, snowcap dan gloves serta trainer/shoes yg sesuai. Mujur kebanyakannya masih elok dan dibawa balik Malaysia. So jimat. Cuma Babah perlu membeli boot atau shoe lain sekiranya snow turun semasa beliau di sana.

3. Ubat-ubatan. Since Babah juga ada athma maka Mummy make sure beliau tidak tertinggal inhaler nya.

4. Travel light. Since Babah pergi sorang so senang la. Lagipon orang lelaki tak kisah nak bawa banyak2 baju macam kita kan. Hee.

5. Winter Sale!! Haha ni bahaya..kene pandai kawal nafsu ye. beli yg perlu sahaja dan kalau lebih murah daripada harga di sini. Hehee.

Babah ZiZ nie boleh tahan kemurahan hati beliau..silap haribulan memang dia shopping sakan nanti. :D

Zahin and Iris plak dah pandai demand..siap diorang send pic lagi barang yg diorang nak kt babah thru whatsapp. Zafri pon nak 'car'. Haih la anak2..

Mummy kirim tak? Hehe off course lah Kiki..tapi in shaa Allah brg ringan je. En husband kata nak bagi hadiah, hah yang tu lain..hehe ;P

Ok that's all.

Ps. Lain orang lain persediaannya kan. Ini cuma pengalaman mummy yang sama2 buat persediaan untuk babah sebelum berangkat ke London haritu. ;)

Love,
Mummy



Friday, January 8, 2016

Away For PhD Viva

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya en husband dah pon selamat terbang ke London pada awal pagi tadi untuk viva PhD nya iaitu pada minggu depan di Imperial College London, in shaa Allah...

What a good start for 2016! :)

First time kami terpaksa berjauhan antara satu sama lain nie. Mujurlah seminggu je..kalau sebulan tataulah macam mana. Huhu.

Mula-mula semua macam ok tak ada apa-apa. Tapi bila babah dah beratur untuk check in mulalah sorang-sorang buat drama air mata. Hehe.

Kalau nak tahu Zahin la paling dramatic, maklumlah sejak dia lahir memang tak pernah kena tinggal. Hehe kesian...

Tak apalah..babah pergi viva bukan bercuti. pergi sorang dapat lebih fokus dan concentrate! ;)

Next time in shaa Allah ada rezeki babah janji nak bawa kita semua 'balik kampung' London lagi. Bila tu tataulah..:D

Maka hari ini Zahin dan Iris terpaksa dicutikan. Adey baru naik sekolah dah ponteng. Tapi tak pe lah hantar babah itu lebih penting, kan! :)

Ok babah, kami di sini akan sentiasa mendoakan babah agar sentiasa dilindungiNya, sihat dan selamat pergi serta selamat kembali.

Lastly, good luck, Babah!!
In shaa Allah mudah-mudahan babah lulus cemerlang dalam viva PhD dan pulang dengan kejayaan. Ameen! :)

Love,
Mummy

Just arrived. Muka happy lagi..zahin je tak nak bgambar huhu

Babah dah masuk ke departure hall. Sedih sgt masa ni..:'(




Wednesday, January 6, 2016

Hello 2016!


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum...makin lama makin pantas masa berlalu. Pejam celik dahhh masuk tahun 2016. :)

Iris pon dah darjah 1! Yay...Happy betul dia dapat satu sekolah dengan Along. Hehe. Masya Allah dah besar dah anak-anak mummy. Sobs.

Apapun syukur alhamdulillah masih diberikan nafas lagi di dunia ini untuk memperbaiki diri dan mencari bekal di alam akhirat sana, in shaa Allah.

Sebelum itu sedikit update tentang penutup tahun 2015 yang lalu. ;)

Alhamdulillah pada hujung cuti sekolah yang lalu dari 20 hingga 24 Disember 2015, kami sempat cuti-cuti Malaysia ke Penang dan Perak bersama mak, abah dan keluarga adik belah mummy. Memang best especially JJCM di Penang! 

Nanti in shaa Allah ada masa mummy akan cuba share detail cerita cuti-cuti di sana dan juga tentang Iris dan sekolah barunya! ;)

Ps. Doakan mummy supaya rajin update blog tahun 2016 ni k! Hehe

Love,
Mummy