Saturday, January 9, 2016

Persediaan Travel Musim Sejuk

Assalamualaikum

Syukur sangat bila Babah whatsapp beliau dah selamat sampai di London dari Amsterdam. Fuh, lega dengar! Masa lost contact, asyik berdebar je jantung Mummy nihh. :(

Oleh kerana Babah dah pon selamat sampai London awal pagi maka keadaan sekeliling masih gelap lagi. Sekarang di sana tengah musim Winter, hari lambat siang dan cuaca pula sejuk di bawah 10 darjah celcius. Huhu Mummy pon masih teringat-ingat lagi sejuknya tuhh.

Minggu depan ni diramalkan lebih sejuk lagi, kebarangkalian untuk turun snow pon ada. Huhu rindunya nak main snow! Kalau snow turun memang rezeki babah :)

Apapun diharapkan Babah tak lupa untuk makan vit c supplemen yang dibawanya. Orang lelaki bab supplemen ni kalau kita tak ingatkan memang mudah lupalah jawabnya. Hehe.

Since Babah pergi time Winter, maka 2 minggu sebelum berangkat kami sudah mula buat persediaan. Pertama buat Checklist. Checklist Babah lain dan lebih panjang sbb termasuk hal viva PhD nya.

Tapi Di bawah ini antara checklist Mummy utk Babah:

1. Pengambilan vitamin c setiap hari untuk meningkatkan daya ketahanan diri dan prevent daripada selsema.

2. Packing pakaian seperti long john, jumper/sweater, coat, winter jacket, socks, snowcap dan gloves serta trainer/shoes yg sesuai. Mujur kebanyakannya masih elok dan dibawa balik Malaysia. So jimat. Cuma Babah perlu membeli boot atau shoe lain sekiranya snow turun semasa beliau di sana.

3. Ubat-ubatan. Since Babah juga ada athma maka Mummy make sure beliau tidak tertinggal inhaler nya.

4. Travel light. Since Babah pergi sorang so senang la. Lagipon orang lelaki tak kisah nak bawa banyak2 baju macam kita kan. Hee.

5. Winter Sale!! Haha ni bahaya..kene pandai kawal nafsu ye. beli yg perlu sahaja dan kalau lebih murah daripada harga di sini. Hehee.

Babah ZiZ nie boleh tahan kemurahan hati beliau..silap haribulan memang dia shopping sakan nanti. :D

Zahin and Iris plak dah pandai demand..siap diorang send pic lagi barang yg diorang nak kt babah thru whatsapp. Zafri pon nak 'car'. Haih la anak2..

Mummy kirim tak? Hehe off course lah Kiki..tapi in shaa Allah brg ringan je. En husband kata nak bagi hadiah, hah yang tu lain..hehe ;P

Ok that's all.

Ps. Lain orang lain persediaannya kan. Ini cuma pengalaman mummy yang sama2 buat persediaan untuk babah sebelum berangkat ke London haritu. ;)

Love,
Mummy



No comments: