Tuesday, June 14, 2016

Ramadan Kareem

Assalamualaikum

Ya Allah pejam celik dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Blog sendiri pon tak sempat nak jenguk. Huhu.

Di kesempatan ini, saya mewakili keluarga saya Ishamizu & Co. ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa atau ada melakukan kesilapan kepada sesiapa sahaja yang sedang membaca ini.

Saya hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna. Sekiranya kita pernah dan masih lagi berkawan, maafkanlah saya jika ada gurauan atau kata-kata serta tingkahlaku saya yang kasar sehingga mengguris hati dan perasaan anda. Minta halalkan juga makan, minum n etc.

Sejak kebelakangan ini, saya jarang blogging, blogwalking serta bertukar khabar berita dengan kawan-kawan kerana begitu sibuk menyendiri dengan hal-hal duniawi ( duh! ). Duduk di rumah ini saya sendiri rasa terpinggir dan jauh dengan kawan-kawan huhu. Harapnya kawan-kawan tidak menganggap saya sudah sombong. I'm still the old me, in shaa Allah cuma sibuk melayan karenah dan aktiviti anak-anak di rumah hehe. I'm sure all mothers will understand right. Let's keep in touch! :)

So doa saya semoga kita semua dirahmati Allah, diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah di bulan yang mulia ini. Take care in whatever you do and wherever you are, ok! :)

Last but not least, saya teringat kata-kata Prof. Dr. Muhaya:

♡ Untuk mencapai ketenangan, bertaqwalah.

♡ Untuk mendapat kebahagiaan, bahagiakanlah orang lain (jaga sillaturrahim)

♡ Untuk kesihatan yg baik, makanlah makanan yg menyihatkan bukan makanan yang sedap (payah ni :D)

♡ Untuk mencapai kejayaan/kekayaan, berusahalah sunguh2 sambil mengharapkan redha Allah semata2!

Again, do forgive me for all my wrongdoings and writing in this blog. Please remember me in your prayer.

Ramadan Kareem...!! ♡♡

1 comment:

εïзmummyHazaεïз said...

Salam Ramadhan izu sekeluarga...