Boxing Day Sales ini ala-ala YES juga lah di Malaysia. Actually, Boxing Day ialah Bank Holiday atau public holiday selepas hari Krismas iaitu biasanya pada 26 Dec. Boxing Day ni juga dah menjadi tradisi orang-orang sini untuk keluar membeli-belah. Kebanyakan outlet/pusat membeli belah mengadakan jualan besar-besaran sehingga 70-80% diskaun. :)
Oleh kerana tahun ini Krismas jatuh hari Sabtu, Bank Holiday/Boxing Day ini rupanya telah dianjak hari kepada hari isnin atau selasa. Macam kat Malaysia juga, kalau cuti umum jatuh hari ahad, biasanya hari isnin cuti kan. ;)
Oleh kerana masih baru di sini, kami ingatkan Boxing Day ini 26 Dec lah..jadi kami telah pergi shopping hari itu. :D Kebetulan masa anniversary kami pada 24 Dec tu kami tak ke mana-mana. Kira shopping masa Boxing Day ni special anniversary treat la buat IshamIzu..Hehe. Tapi yang geram tu, kami spent sikit je utk kami, yang banyak untuk The Eins. Huhuhu...
Ashford Designer Outlet, di Kent, England.
Kami konvoi bersama Hadzley dan Yus menuju ke Kent, selatan England ada pukul 9.30a.m. Mujurlah dah beli kereta dan Garmin. Saya juga sempat memasak nasi lemak, sambal, ayam goreng, telur mata dan sausage selepas solat Subuh..jadi itulah bekal makanan dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam. Pertama kali keluar dari kota London membuatkan kami berasa teruja sekali. Pemandangan sepanjang jalan memutih diseliputi salji. Kent dikenali sebagai The Garden of England, cantik tempatnya. Kami juga melalui sebuah tunnel underwater yang merentasi Thames River, satu pengalaman baru buat kami. :)
happy with hasil tangkapan..:D
Hari sebelumnya dah survey outlet apa yang ada kat sini. So bila sampai terus tuju kat outlet2 yang dikehendaki..to save time..hehe. Kalau nak ikutkan ada lebih daripada 60 designer outlet tapi kami pergi beberapa outlet aje. Lagipun budget kami sikit aje. So kami hanya serbu outlet Next, Clarks, Mark n Spencer, Gap, Nike, Adidas dan Reebok. Selesai pusing satu round, tengok-tengok eh ada duit lagi..so, pusing for a second round..beli lagi utk The Eins kat Next..then masuk Clarks ingat nak beli sling bag...last-last tak beli jugak. Huhu. Kemudian Ingatkan nak masuk Polo Ralph Lauren pulak tetapi bila tengok line panjang kt entrance dia terus tak jadi. Huhu.
Posing kat jejantas yang menghubungkan outlet2 di right anf left wings.
Pada saya, sistematik dan praktikal lagi Ashford Designer Outlet compare to Cheshire Oak Outlet di Midlands, UK..(berdekatan dengan Manchester). Ini kerana kedudukan outlet-outletnya yang bersebelahan antara satu sama lain dan dalam hanya dalam satu bulatan je. tak macam kt Cheshire, agak susah nak cari satu-satu outletnya. Tapi Cheshire merupakan outlet terbesar d UK..may be sebabtu la susah nak cr outlet, ia mempunyai lebih seratus outlet. ;) Contoh Kt Ashford ni tiada outlet Timberland dan Zara..kesian kami..hehe..
Lepas change nappie Iris kt Mother n Baby Room dan ambil wudhu', kasi diorang naik ni. Kesian diorang penat ikut umi dan babah soping! kira upah la ni konon..hehehe
Lepas bersolat duduk di bangku-bangku yang disediakan, kami pun bergegas ke kereta. Hari dah pun gelap, cuaca dah semakin dingin walaupun jam baru menunjukkan pukul 4p.m. Tak sangka dekat lima jam juga kami di situ..huhu. Bila dah sampai kereta, baru terasa sakit kaki..hehehe..Sebelum pulang, sempat lagi mengisi perut dengan nasi lemak sejuk di dalam kereta..:D
Alhamdulillah, kami dapat beli sepasang kasut sukan seorang. Lepas pergi Nike, Adidas dan Reebok, nampaknya kami berkenan dan jatuh hati dengan kasut sukan Reebok. ;) The Eins pulak dapat sepasang kasut Clarks..Kt Malaysia tahan je drpd membeli sebab mahal. Kt sini dapat beli walaupun tadelah murah sgt. ;p Yang lain2 nya banyak baju n accessories The Eins dan tak lupa juga utk Little Baby..umi belikan rompers kt GAP and cute snowcaps kt Next. Adey..memang rambang ah tengok baju budak2 ni! hehe..Tak pe la kalau ada rezeki lebih nanti kita pergi shopping lagi ye..
P.S Esoknya pergi Ikea and Mothercare pulak..besar betul outlet dia, lagi heaven! Tapi budget pulak tgl ciput je. Isk!
Wassalam.