Friday, December 31, 2010

BOXING DAY SALES

Boxing Day Sales ini ala-ala YES juga lah di Malaysia. Actually, Boxing Day ialah Bank Holiday atau public holiday selepas hari Krismas iaitu biasanya pada 26 Dec. Boxing Day ni juga dah menjadi tradisi orang-orang sini untuk keluar membeli-belah. Kebanyakan outlet/pusat membeli belah mengadakan jualan besar-besaran sehingga 70-80% diskaun. :)

Oleh kerana tahun ini Krismas jatuh hari Sabtu, Bank Holiday/Boxing Day ini rupanya telah dianjak hari kepada hari isnin atau selasa. Macam kat Malaysia juga, kalau cuti umum jatuh hari ahad, biasanya hari isnin cuti kan. ;)

Oleh kerana masih baru di sini, kami ingatkan Boxing Day ini 26 Dec lah..jadi kami telah pergi shopping hari itu. :D Kebetulan masa anniversary kami pada 24 Dec tu kami tak ke mana-mana. Kira shopping masa Boxing Day ni special anniversary treat la buat IshamIzu..Hehe. Tapi yang geram tu, kami spent sikit je utk kami, yang banyak untuk The Eins. Huhuhu...

Ashford Designer Outlet, di Kent, England.

Kami konvoi bersama Hadzley dan Yus menuju ke Kent, selatan England ada pukul 9.30a.m. Mujurlah dah beli kereta dan Garmin. Saya juga sempat memasak nasi lemak, sambal, ayam goreng, telur mata dan sausage selepas solat Subuh..jadi itulah bekal makanan dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam. Pertama kali keluar dari kota London membuatkan kami berasa teruja sekali. Pemandangan sepanjang jalan memutih diseliputi salji. Kent dikenali sebagai The Garden of England, cantik tempatnya. Kami juga melalui sebuah tunnel underwater yang merentasi Thames River, satu pengalaman baru buat kami. :)

happy with hasil tangkapan..:D

Hari sebelumnya dah survey outlet apa yang ada kat sini. So bila sampai terus tuju kat outlet2 yang dikehendaki..to save time..hehe. Kalau nak ikutkan ada lebih daripada 60 designer outlet tapi kami pergi beberapa outlet aje. Lagipun budget kami sikit aje. So kami hanya serbu outlet Next, Clarks, Mark n Spencer, Gap, Nike, Adidas dan Reebok. Selesai pusing satu round, tengok-tengok eh ada duit lagi..so, pusing for a second round..beli lagi utk The Eins kat Next..then masuk Clarks ingat nak beli sling bag...last-last tak beli jugak. Huhu. Kemudian Ingatkan nak masuk Polo Ralph Lauren pulak tetapi bila tengok line panjang kt entrance dia terus tak jadi. Huhu.

Posing kat jejantas yang menghubungkan outlet2 di right anf left wings.

Pada saya, sistematik dan praktikal lagi Ashford Designer Outlet compare to Cheshire Oak Outlet di Midlands, UK..(berdekatan dengan Manchester). Ini kerana kedudukan outlet-outletnya yang bersebelahan antara satu sama lain dan dalam hanya dalam satu bulatan je. tak macam kt Cheshire, agak susah nak cari satu-satu outletnya. Tapi Cheshire merupakan outlet terbesar d UK..may be sebabtu la susah nak cr outlet, ia mempunyai lebih seratus outlet. ;) Contoh Kt Ashford ni tiada outlet Timberland dan Zara..kesian kami..hehe..

Lepas change nappie Iris kt Mother n Baby Room dan ambil wudhu',  kasi diorang naik ni. Kesian diorang penat ikut umi dan babah soping! kira upah la ni konon..hehehe

Lepas bersolat duduk di bangku-bangku yang disediakan, kami pun bergegas ke kereta. Hari dah pun gelap, cuaca dah semakin dingin walaupun jam baru menunjukkan pukul 4p.m. Tak sangka dekat lima jam juga kami di situ..huhu. Bila dah sampai kereta, baru terasa sakit kaki..hehehe..Sebelum pulang, sempat lagi mengisi perut dengan nasi lemak sejuk di dalam kereta..:D

Alhamdulillah, kami dapat beli sepasang kasut sukan seorang. Lepas pergi Nike, Adidas dan Reebok, nampaknya kami berkenan dan jatuh hati dengan kasut sukan Reebok. ;) The Eins pulak dapat sepasang kasut Clarks..Kt Malaysia tahan je drpd membeli sebab mahal. Kt sini dapat beli walaupun tadelah murah sgt. ;p Yang lain2 nya banyak baju n accessories The Eins dan tak lupa juga utk Little Baby..umi belikan rompers kt GAP and cute snowcaps kt Next. Adey..memang rambang ah tengok baju budak2 ni! hehe..Tak pe la kalau ada rezeki lebih nanti kita pergi shopping lagi ye..

P.S Esoknya pergi Ikea and Mothercare pulak..besar betul outlet dia, lagi heaven! Tapi budget pulak tgl ciput je. Isk!

Wassalam.

14 comments:

Nadine said...

bestnya! bestnya! bestnya!

*saya jeles!*

:D

ummi_ziz said...

Nadine

Best! hehe..tp ala jgn la jeles dear, ktrg sesekali je dpt shopping mcm ni, salu window je..:)

You all keje, sure sll shopping..kan? ;)

Puan Gee said...

bestnya shopping boxing day.....
skrg ni kalau shopping je, brg kt sket... anak2 punya yg byk.
kalau akak pun msk next n clark tu mesti rambang mata nak pilih girls item semua cntk2 (bj2 yg shopping kat next utk anis dl ada lg tak pakai hihi)

iu rf said...

selamat tahun baru izu..

take care ye!! :)

ummi_ziz said...

KGee

Best. Comey2 sgt bju bdk2..tk thn tgk! Nk beli sume tk dpt la kn, so wat jamu mata n sabar je la..hihi.

Hmm betul tu, tu yg ktrg smpi 2x masuk Next n Clarks tu..:D Itu la, skrg ni klu soping mmg beli brg2 diorang aje kak..huhu..

Ye ke..hehe pttla cantik2 bju Anis! ;)

ummi_ziz said...

Iu

Selamat tahun baru jgk utk Iu n family..and tk care as well k! :)

yusparisa said...

best best...hihi..

ummi_ziz said...

Yus

Best..nti nak kirim kan? ;) aku mmg suka je jadi2 a Personal Shopper ni..dpt belikn utk kawan2 pon best! hihi..

yusparisa said...

boleh, memang nk kirim nanti..haha, xpe masa masih panjang, nanti ko byk2 kan story mori pasal shopping ni eh...hihi

cayaaaang izuan..hihi

ummi_ziz said...

Yus

ok, cun ah, cyg ko! aku suka je, jnj shopping tp utk ko lah! hahaha.

Insya Allah, klu pg window shopping lg aku story-mory la..(huhu aku window je wei..ahaks..)

irradhil said...

nk jgk!!!nk jgk!!!!
dh byk wishlist aku ni wan.....bajet jer xder lg.hahahah

ummi_ziz said...

Irra

hihi boleh, boleh insya Allah. Tk pe insya Allah lama lg ktrg kt sini, don't worry lalim..hehe..

Anonymous said...

Just for sharing....

Boxing day ini sebenarnya hari untuk kristian ni bersedekah....kononnya la kan...sbb on the christmas day, normally they will exchange or give a gift to their family members or close friends a.k.a 'yang setaraf dgn mereka'.....jadi boxing day ni pulak dijadikan sebagai hari untuk beri hadiah pd org yang rendah taraf dr diorg atau lebih dikenali dgn org susahla...konon2nya....sbb tulah...org kata masa boxing day ni sales gila2...sbb diorang turunkan harga bg org yang kurang mampu untuk membeli/memilikinya.... mcm kitorg la kot....hahahaha....hampir tak mampu nak miliki apapun kalau diconvertkan duit ke RM...:D memang tak dinafikan harga agak murah la...tapi kan...buat penat je tunggu hari boxing day ni tau...kita boleh dpt harga yg sama even before a week/ two weeks b4 Christmas pun...Kitorg pun poyo je...pukul 7am dah kluar umah nak rasa suasana boxing day....but b4 tu pun tiap2 hari dah g survey harga nak tgk la betulke boxing day nya lagi murah....tapi sebaliknya berlaku...huhuhu...harga sama je....cuma yg pasti outlet bukak seawal jam 5am....n masa kitorg sampai city jam 7am...dah lengang...ingat ke org lewat bangun tido...tp rupanya org dah balik...n bykla barang2 yg branded ni dah habis dek penangan org2 'cina' ni shopping....

-nz-

ummi_ziz said...

Hi Nz!

TQ for sharing the info, dear! :)Izu pon ada google jgk, tp tk igt dah time nk mengarang kt sini. Kalini pregnant, teruk betul ingatan ni, pelupe sokmo! :D

Itulah dgr kt Oz, mhl2 jgk kn brg2 dia..kt sini so far org kata time boxing day tu mmg harga runtuh btul2. izu pon perasan, aritu pegi lps boxing day sume dh naik harga asal..cth: mcm kasut Clarks bdk2..cecah smpi 30pounds! masa boxing day, turun smpi 50%-70%. smpi rse tkilan lak tk beli sling bag masa tu..hehe...tp samala, ktrg pun siap2 peruntukan ciput je, dear..so tk de la overbudget kn. :D

Nway, kesian korang eh, smpi outlet kul 7 pon dh lengang..dahsyat btul derg tu shopping kn! kt sini pon byk org dia jgk..huhu. klu kt sana Nz kata sblom boxing day lg harga brg2 murah, baik beli sblom boxing day je kn! tp tu la, kene survey sll..klu izu sosorang, bley la..ni dgn 2 org kenit2 ni tk bley lama2, derg pnt! hehehe..