Wednesday, August 8, 2012

Popiah@Spring Rolls

Salam

Ini first time buat popiah sendiri! Hehe. Kalau kt Malaysia jangan harap saya nak buat..kalau teringin beli je kt gerai tepi jalan pada waktu petang, sure ada! Cuma sedap tak sedap tu je kene tanggung sendiri hehe.

So untuk iftar ke 19 hari ini, awal-awal lagi saya dah keluarkan pastry popiah dr freezer. Bahan-bahan intinya saya guna je apa yang ada..mince chicken, carrot, daun bawang dan bawang besar yg dihiriskan terlebih dahulu. Kemudian tumis je semua ni dan letak garam. Bila dah masak, angkat dan sejukkan seketika sebelum diletakkan di atas pastry popiah. Kemudian gulung ikut arahan di belakang paket dan goreng!

Alhamdulillah senang je rupanya. Rasanya pon sedap, sekelip mata licin. Hehe lain kali boleh buat lagi dan tak payah beli kot bila balik Msia nti. Hehe.

Esok tatau lagi nak buat apa. Daripada haritu Teringin nak makan tepung pelita atau cara berlauk tapi tak pernah buat sendiri lagi. Nak cuba asyiklah tertangguh-tangguh. Huhu. Tapi buka puasa kalini mesti nak makan manis-manis je..macam kek, puding atau agar-agar. Hehe..

Apapun berpuasa kt sini betul-betul menginsafkan. Tiada bazar Ramadhan kt sini, so nak makan apa kene try buat sendiri. Pastu jimat sbb buat dlm kuantiti yg sedikit cukup-cukup utk kami berlima. :)

8 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Salam izu,

jadi lah popia tuh.....balik malaysia boleh buat bisnes sampingan..hehehe

ishamizu said...

Wsalam Dinie

Hehe thanks..yg senang mcm ni jadiler..cuba resepi susah belum tentu lg! ;D

dyana "his other half" said...

sedapnya and sangat kemas izu lipat popiah tu. kalau cd mmg besar kecik besar kecik, gemok kurus gemok kurus. asyik kena perli ngan fariq je size popiah. hehe.

cd selalu letak inti carrot, sengkuang & kacang peas. cd akan buat banyak2 than simpan kat freezer, bila nak makan goreng je. takyah beli. hehe. teringin nak letak ayam and taugeh tp takut basi kalau lama kat freezer pula. scared of trying cd ni. huhu.

Anonymous said...

kak izu, if n buat tepung pelita, roger2 sikit org kt barking ni.. hehehe. - mira

ishamizu said...

CDee

Ye ke..izu nmpk mcm buruk je izu gulung popia izu ni..hehe..ala skrg ni izu fikir klu buat utk family je less pressure psl rupa sbb nti masuk dlm perut jgk kan! hee

Hmm tu la klu ada sengkuang tnt lg sdp! ;) masalahnya izu tade stok sengkuang, izu mmg jrg guna sengkuang pon hehe...

Aah samala izu pon tkt nk cuba sesuatu yg baru..tkt tak jd..hehe

ishamizu said...

Mira

Alamak malunya dgn org Barking yg lg terer masak ni..hehe insyaAllah jmpt klu buat k but so far tak terbuat2 g. hee..

Meh ler dtg bbuka kt rmh akk..;)

Asmara said...

salam Izu, saya suka popia crabstick mayo. mmg paling cepat, kdg nak buat inti popia yg lmbt. anak2 pulak x suka mkn sayur. tp bulan puasa ni mmg mcm2 kuih ngidamkan. hehe.. kalah org expected. :D

ishamizu said...

Asmara

Wah, popia crabstick mmayo? menarik! nti bila2 boleh cuba! hehe

Aah mmg betul. mcm harini teringin nk mkn puding caramel lak lps blogwalking kt blog Kak Ina KL..huhu..