Monday, February 25, 2013

Kupang Berlada

Assalamualaikum

Dah lama tak makan kupang. Tiba-tiba ada pulak kupang kat kedai seafood yang selalu kami pergi di Dagenham. Ikan keli pon ada! hehe Alhamdulillah, rezeki. ;)

So dinner tadi masak kupang berlada. Simple dan disukai kami suami-isteri heheh. Kids tak makan..sebab pedas. zahin makan pedas tapi sebab nampak kupang pelik langsung tak nak makan. :D So for them i had made baby spinach masak air dan ayam goreng. :)

Anyway Ummi dan babah sedap dan berselera makan, siap ratah gitu aje kupang tu lepas makan dengan nasi. ;)

Kongsi Resepi Kupang Berlada my version ;D (credit to SueMan@myresepi)

Bahan-bahan:

500g kupang (direbus dulu)
3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
5-10biji lada kering*
Sedikit ikan bilis*
3cm halia (hiris)
1 btg serai (dititik)
1 labu bawang besar (potong bulat)
3 sudu besar Sos cili dan 1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Blend bahan-bahan yang bertanda * dan tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan hirisan halia, serai, sos cili dan tiram juga air kalau mahukan kuah lebih. Kacau rata.

3. Masukkan kupang, perasakan dengan garam dan gula. Kacau dan gaul smpi mdidih atau kuah mjadi pekat sedikit.

Hidangkan dengan nasi panas..hoho yumm! tiba-tiba teringat plak makan masa dinner tadi. hehe.

19 comments:

aku dan rojak petis said...

bestnya kak long...

baru smlm mkn kupang gak.. hehe..

rostina76 said...

salam ishamizu.....wah!!!alangkah nikmatnya dapat layan benda yg dirindui kan. kros pun suka semua jenis kerang2gan ni. la ni dok giler mussel plak sbb kat sini murah ;)

LiYa HaNiF :: said...

hahaha mudah, cepat dan semestinya sedap hehe..

Isma Liana said...

kak chik... kat sana ikan keli pon ada ekk??? tak la kempunan nak makan kan...

sitiezahim said...

besnya dapat kupang fresh. sini susah jugak nak jumpa unless yang kejung dalam freezer kat kedai asia tu..hihiihih

ishamizu said...

Aku dan rojak petis

Sedap gg! La ye ke..kebetulan sungguh! Hehe

ishamizu said...

Salam kros

Aah betul tu, terubat rindu hehe. Ada musim dia kot selalu pegi tade pon nmpk. Wah bestnya kt sana murah, untunglah kros! ;)

ishamizu said...

Liya Hanif

Yup easy peasy rite hehe. Nway thanks sgah sini..kjp lg saya buat kunjung balas k..in shaa Allah :)

ishamizu said...

Kak Long

Aah ada! Hehe sblom ni besar2 tak lalu nak beli..;D tp aritu pegi tgk ada yg saiz comel2 so belilah seekor..kira first time la beli sejak dtg uk ni hehehe..arini nk masak, tak masak berlada buat grg tepung! Izu klu msk simple2 je la haha..

Nadine said...

oh taruk ikan bilis as perencah jugak ye. menarik, tak pernah cuba ni. thanks izu! :)

~Mami Little Hero~ said...

Kak Izu,

Baru ni fara beli kupang pastu balik buat masak lemak versi kelate. Ketuk serai, pastu ketuk bawang putih n potong sikit bawang besar masuk santan letak garam. siap. hehehe memang meratah je keje kami. :)

Nastyna said...

ha lepas rindu kat kupang. ratah jer pun mmg sedap. I pun terliur tengok.

lady lavender said...

Tak pernah beli kupang kat sini sbb rasa cam mahal hehee...anyway mmg sedap kan!

ishamizu said...

Nadine

No prob! Aah izu mmg suka ltk ikan bilis hehe

ishamizu said...

Mami Little Hero

Farah, terliurnya dgr resepi Farah tu..hehe next time nak try lah! Thanks!! :)

ishamizu said...

Nastyna

Betul, ratah gitu pon sedap kan..klu i masak gulai2 tak brp laku hehe

ishamizu said...

Lady Lavender

Sedap..! Tp tu la mmg mahal sesekali bolehla beli kt sini..lepas rindu! Hehe

ishamizu said...

Hajar

Hehe kebetulan ada yg fresh. Klu frozen mmg tak beli, rasa tawar kn..;)

nurbijen said...

tak pernah pula masak kupang.. lagi pun hubby resdung, so benda2 seafood ni, tgk dari jauh aje la :(